Cerita Bahasa Melayu Tahap 1 Membalik Buku Halaman 1 11 Fliphtml5
BelalangDi dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang sukamenyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalamtaman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dancempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari,belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok kepokok yang lain.
Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu.Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal ditaman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermaintetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akantujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lamamenyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.
Hujanturun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapidi rumahnya tiada makanan.“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati.Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetapturun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikutnasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnyabelalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaanbelalang yang sakit.
Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang.Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjatmelihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabilamelihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut danrakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuhdan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.Sang Kancil Dengan BuayaPada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatangyang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang didalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolonganapabila mereka menghadapi masalah.
Walaupun ia menjaditempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi iatidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantupada bila-bila masa saja.Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasankediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebutsangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga keranaterlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yangberdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpadengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpamembuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasadahaga Sang Kancil.Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasapenat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangatrendang di sekitar kawasan tersebut.
Kancil berkata didalamhatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yanglazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuritebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannyayang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yangagak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yangsedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jikaaku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.Sang Kancil terus... Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buayaapabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahayamatahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiribuaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku SangBuaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang... Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudahmenggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberikebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di mukabumi ini.
"Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya.Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buayayang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. SangKancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan olehNabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua keranaNabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini".Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermuladaripada tebing sebelah... KataBuaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancilmengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat keatas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitungdengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan... Apabila sampai ditebing sana kancil terusmelompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan danberkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa akutelah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akandiberikan oleh Nabi Sulaiman".Mendengar kata-kata... Merekabersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabilabertemu pada masa akan datang.
Dendam buaya tersebut terusmembara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terusmelompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buayatersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.Seruling SaktiPada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang... Pekan tersebut di kenali Hamelyn.Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapisikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebutpenuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah dimerata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempatpembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut.
Setiaprumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepadamanusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkaptetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Merekasungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas kepekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemudayang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkankhidmatnya... Penduduk di pekan tersebut berbincangsesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara merekatidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang denganpanjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upahseperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu diamengeluarkan seruling sakti dan meniupnya.
Bunyi yang keluar dariseruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yangmendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalampekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya.Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling saktidan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut.Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus... Apabila pemuda tadimenuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upahyang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yangdibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yangdiminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja.Pemuda tadi sangat marah lalu... Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hatikanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul disekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadiberjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar daripekan Hamelyn.
Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa merekaakan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas keranakanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemudatadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supayamenghentikan daripada meniup seruling dan memulangkankembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua hartabenda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikananak-anak mereka.Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalumereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempatdan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengantiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti olehkanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaibdan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut.Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telahmemungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatasperbuatan mereka tetapi sudah terlambat.
Sesal dahulupendapatan sesal kemudian tidak berguna.Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakankesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari iniBurung Bangau Dengan Seekor KetamPada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah.Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok... Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh disekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal dikawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burungbangau.
Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikandan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan danbermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat jugaketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebutkerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebutsangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangausentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yangdatang berhampiran dengannya.Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan.
Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalaubeginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagiberdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supayaaku dapat memperolehi makanan dengan mudah".Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangatmurung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir inikamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?".Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib... "Awak manalah tahu, aku seringterbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedangberbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpakawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lamatidak turun".
Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akankering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetujudengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terusmelompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitucepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungaidimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakanbangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanyakepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantukami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan,tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakahcadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagimendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuahtasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebuttidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang.""Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yangberada di... "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebihdaripada itu" kata burung bangau lagi..
Mereka pun bersetujudengan cadangan burung bangau.Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikandaripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawaikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan... Setelah ikan yang dibawanyadimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain.Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam.Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung padaleher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabilahampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketammemandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepahdi atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemasdan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan olehbangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinyadaripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batubesar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambilberkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapaengakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak denganterbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah... Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagisehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadimakanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik...
Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing.Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepalabangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yangberlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira keranamereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangauyang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkanterima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan merekasemua. KARANGAN TAHAP 1SEKOLAH SAYASaya murid Tahun Dua Melati. Saya belajar di SekolahKebangsaan Datuk Kelana, Taiping. Sekolah ini didirikan pada tahun 1932.
People Also Search
- Cerita Bahasa Melayu Tahap 1 - Membalik Buku Halaman 1-11 | FlipHTML5
- Cerita Bahasa Melayu Tahap 1 - Membalik Buku Halaman 1-11 - FlipHTML5
- CERITA BAHASA MELAYU - Membalik Buku Halaman 1-11 | AnyFlip
- CERITA KANAK-KANAK 1 (BAHASA MELAYU) - Membalik Buku Halaman 1-12 ...
- Cerita Tahap 1 - Membalik Buku Halaman 1-7 | AnyFlip
- BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 1 - Membalik Buku Halaman 1-50 | FlipHTML5
- Cerita Bahasa Melayu Tahap 1 - Membalik Buku Halaman 1-11 | AnyFlip
- CERITA BAHASA MELAYU - Membalik Buku Halaman 1-5 | FlipHTML5
- BAHASA MELAYU TAHUN 1 2020 - Membalik Buku Halaman 1-15 | AnyFlip
- CERITA PENDEK BAHASA MELAYU - Membalik Buku Halaman 1-10 _ FlipHTML5
BelalangDi Dalam Sebuah Taman Bunga, Terdapat Seekor Belalang Yang Sukamenyanyi
BelalangDi dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang sukamenyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalamtaman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dancempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari,belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu ...
Belalang Mempunyai Ramai Teman Di Dalam Taman Itu.Ada Rama-rama, Kumbang,
Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu.Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal ditaman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermaintetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akantujun sebentar lag...
Hujanturun Dengan Lebat Lalu Belalang Terbangun. Ia Berasa Sangat Lapar
Hujanturun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapidi rumahnya tiada makanan.“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati.Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetapturun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikutnasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnyabelalang jatuh sa...
Apabila Hujan Berhenti,lebah Teringat Akan Belalang.Dia Keluar Dari Sarangnya Dan
Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang.Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjatmelihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabilamelihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut danrakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuhdan sihat. Belalang ins...
Walaupun Ia Menjaditempat Tumpuan Binatang- Binatang Di Dalam Hutan, Tetapi
Walaupun ia menjaditempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi iatidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantupada bila-bila masa saja.Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasankediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebutsangat pan...